Pempengaruh media sosial, Noor Nabila memuat naik ucapan selamat hari bapa kepada bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila mengucapkan terima kasih buat Sharnaaz kerana menjadi bapa yang hebat buat anak mereka, Jebat Jayden.
BACA: Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Kahwin Cepat
View this post on Instagram
“Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang hebat kepada anak kita. Kerana hadir dengan sepenuh hati, masa dan kehadiranmu.
“Kau telah memberikan sesuatu yang sangat berharga kepadanya… kasih sayang, konsistensi, dan rasa bangga terhadap siapa ayahnya.
“Berkongsi tanggungjawab sebagai ibu bapa denganmu bukan sekadar tentang melakukan perkara yang betul. Ia tentang kematangan dan memilih kedamaian, semata-mata demi Jayden,” tulisnya.
Sementara itu, Nabila turut meluahkan rasa syukur dengan kerjasama mereka sebagai ibu bapa demi memastikan Jebat membesar dengan penuh kasih sayang.
“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang, melunaskan peranan awak sebagai bapa dan membuatkan Jayden rasa dia memiliki ibu bapanya,” katanya.