fbpx

Noor Nabila Doa Sharnaaz Ahmad Kahwin Cepat

Pempengaruh media sosial, Noor Nabila memuat naik ucapan sempena ulang tahun bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang ke-39 baru-baru ini.

Menerusi Insta Story, Nabila turut mendoakan agar Sharnaaz segera berkahwin serta sempat berseloroh anak mereka, Jebat Jayden tidak sabar untuk menjadi abang.

BACA: “Kalau Mereka Tiada Jodoh, Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir” – Nabila

“Selamat hari lahir Sharnaaz. Saya doakan tahun ini lebih baik dan indah untuk awak. Saya juga doakan awak dipanjangkan umur, sihat bahagia dan semoga cepat kahwin baru sebab Jayden tidak sabar untuk menjadi seorang abang,” tulisnya.

Sementara itu, Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz kerana menjadi bapa yang hebat buat anak mereka serta menjadi sahabat baiknya.

Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum bercerai pada Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki Jebat Jayden kini berusia enam tahun.