Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-36 bersama isteri tercinta dan anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah berkata semakin meningkat usia dia belajar mengenai nikmat serta ruang untuk menghargai kehidupan serta perbaiki diri.
BACA: Fattah Amin, Amira Othman Belum Sedia Dedah Wajah Anak
“Semakin dewasa, semakin saya belajar bahawa nikmat terbesar bukanlah apa yang kita miliki, tetapi siapa yang Allah hadirkan di sisi, kesihatan yang masih diberi dan peluang untuk terus memperbaiki diri,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fattah turut menitipkan penghargaan buat isterinya, Amira Othman yang bersusah payah membuat kejutan untuk hari lahirnya.
“Terima kasih, isteri syurgaku, bersusah-payah surprise kan birthday hari ini bersama keluarga. I love you sampai syurga. Amin, Allahumma amin,” tulisnya.