Sibuk dengan pelbagai tugasan, penyanyi rap Caprice terlupa sambutan ulang tahun perkahwinan pertama bersama isteri, Farra Inalis pada 15 November lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice berkata dia menyedari tentang perkara itu selepas melihat isterinya ‘moody’ namun tidak tahu puncanya.
BACA: Caprice & Isteri Kena Gangguan Sihir, Tok Singa Dengar Tapak Kaki Berjalan Masa Baca Ruqyah
View this post on Instagram
“Terima kasih sebab bersabar selama 12 bulan dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia. Tak sangka sudah setahun. Patut semalam ada orang macam moody, kita pun tak tahu apa punca. Selepas seharian kerja baru teringat, anniversary!,” tulisnya.
Caprice turut memohon maaf kepada isterinya kerana terlalu sibuk sehingga terlupa tentang ulang tahun perkahwinan mereka.
“Minta maaf sangat sebab sangat sibuk sejak kebelakangan ini dengan pelbagai kerja. Selamat satu tahun, semoga kekal ke Jannah Insya Allah. Minta maaf juga kerana belum jadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Caprice turut menitipkan pesanan buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga supaya peka tentang tarikh lebih-lebih lagi ulang tahun perkahwinan.
Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu pada 15 November tahun lalu.