fbpx

“Terharu Suami Mahu Belajar Agama”

Mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf, Lana Nodin bersyukur akhirnya suaminya, David McKienzie mahu lebih mendalami ilmu agama Islam sejak memeluk Islam beberapa tahun lalu. Tidak mahu terlalu memaksa, Lana sering mengingatkan suami tentang kewajipan yang perlu dilaksanakan.

BACA: Lana Nodin Sedia Untuk Tambah Anak

“Ya Allah terima kasih kau bukakan hatinya dan terima doaku. Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya. Selama ini saya sentiasa mendoakan Allah memberkati suami, tetapkan hati dan imannya agar terus kekal dengan Islam”

“Saya tak pernah paksa dia cuma sentiasa mengingatkan kewajiban yang perlu dilaksanakan. Kalau boleh, biar dia buat dengan rela hati. Dia tahu semua perkara itu wajib bagi seorang Islam. Saya dan suami juga merancang menunaikan umrah tahun hadapan”

Lana memberitahu, sebelum ini kekangan masa dan komitmen membuatkan suaminya tidak sempat mengikuti kelas agama, tetapi kini suaminya menyuarakan niat untuk belajar mengaji dan sembahyang.

“Dulu suami pernah ke Jeddah tetapi tak boleh masuk Makkah sebab bukan Islam. Apabila kami berkahwin, dia selalu menyatakan hasrat untuk ke sana. Insya Allah jika dipermudahkan, kami akan menunaikan umrah tahun depan. Doakan agar impian ini terlaksana,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/w)