Umum mengetahui, pempengaruh media sosia Ameera Khan dilihat terbuka berkongsikan kemesraan bersama kekasihnya, aktor Indonesia Jefri Nichol di media sosial.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ameera meluahkan rasa terharu menerima komen positif daripada pengikutnya yang menyokong hubungan cintanya dengan Jefri.
BACA: “Tak Gerunkah Kalian Kepada Allah” – PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol
Dalam komen yang ditinggalkan, individu tersebut mendoakan agar hubungannya dengan Jefri berkekalan serta meminta pasangan itu mengabaikan komen-komen negatif.
“Romantiknya Jefri dengan Ameera Khan. Semoga kamu berdua berjodoh. Abaikan segala komen-komen buruk dari netizen yang suka menghina kamu berdua,” tulis individu tersebut.
Sementara itu, seorang lagi netizen daripada Indonesia turut memberikan sokongan buat pasangan berkenaan.
Melihatkan komen daripada pengikutnya itu, Ameera membalas dengan meluahkan rasa terharu melihatkan ada yang mendoakan kebahagiaannya bersama kekasih.