fbpx

“Terguris Bila Aishah Kata Tak Hadap Barang Kemas 80 Sen”

Meskipun kemelut antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Aishah selesai minggu lalu, namun episod drama kedua-dua mereka belum lagi berkesudahan.

Vida meluahkan rasa terkilan di atas tindakan Aishah yang memperlekehkan nilai barang kemas RM80,000 dengan menyamakan nilai tersebut seperti 80 sen.

BACA: Aishah Buat Kotak Khas Pulangkan Berlian Palsu DSV

“Terima kasih kerana kebaikan itu. Tapi hati saya terguris bila dia kata tak hadap barang kemas 80 sen. Begitu mudah dia samakan nilai 80,000 tu macam 80 sen. Padahal Cik B yang tolong bayar guna duit jualan Salmon Salted Egg dia.

“Sebelum ini saya penuji permintaan dia sebab berpegang pada nawaitu asal tapi sekarang keikhlasan saya tu mungkin dah ke laut. Saya amat terkilan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Vida menyangkal dakwaan anak lelakinya hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 sebagai perbuatan biadap. Jelasnya lagi, perkara yang terjadi itu adalah tidak disengajakan.

“Ingatkan dia berterima kasih tapi perkara jadi makin teruk. Dia kata mak ayah dia tak ajar jadi kurang ajar. Saya pun tak ajar anak saya jadi kurang ajar tapi Kacak tak sengaja buat macam tu. Saya ingat dia main-main rupanya nak makan nak telan batu berlian tu,” katanya.

Terdahulu dalam majlis penyerahan barangan kemas, Vida mencetuskan drama apabila memasukkan dua berlian 1 karat bernilai RM27,100 dan berlian 0.70 karat berharga RM12,920 ke dalam balang makanan ringan.