fbpx

Terdiam Makcik Bawang Bila Tahu KWSP Boleh Carum Sendiri, Guna Ni Jer!

Zaman sekarang ni masih ada lagi mak cik bawang yang tak celik info. Apa yang selalu kita dengar, makcik bawang ni suka mempertikai anak muda yang kerja sendiri, katanya nanti masa tua tak ada simpanan sendiri lah, kalau kerja syarikat itu at least ada juga KWSP.

Rilex lah mak cik! Sekarang ni zaman dah maju semua benda kita boleh buat walaupun hanya bekerja sendiri. Rider food-delivery pun dah boleh mencarum KWSP sendiri tau.

Bagi korang yang runsing sangat memikirkan mulut mak cik bawang tu, ala buat tak kisah jer. Sebab sekarang KWSP mengalu-alukan korang untuk daftar Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan). Ini lah langkah paling tepat untuk menyimpan demi masa depan korang.

Tak semestinya abang rider je boleh daftar i-Saraan. Korang yang jurugambar, jurusolek, peniaga online and yang kerja freelance semua pun boleh daftar i-Saraan ni. Senang cerita, korang yang tiada pendapatan tetap boleh daftar dan pada masa yang sama korang siap dapat insentif daripada pihak kerajaan. Ha gituu!

Biar Betul Siap Dapat Kelebihan Macam Ni?

Kalau korang nak tahu, di bawah i-Saraan ni, korang akan dapat sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum RM250/setahun) ke atas caruman korang.

Paling penting, dengan i-Saraan ni korang boleh masukkan duit berapa-berapa dan bila-bila masa ikut kemampuan kewangan korang. Bukan tu jer, korang pun akan dapat dividen tahunan di atas simpanan korang tu nanti macam ahli KWSP lain. Bantuan kematian sebanyak RM2,500 pun ada tau!

Golongan Ini Jer Yang Layak Mohon

Bagi korang yang nak apply i-Saraan ni, korang kena ikut syarat ni okey! Ala mudah je syarat untuk yang layak memohon i-Saraan ni. Korang mestilah warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke bawah, yang bekerja sendiri dan bukannya seorang pekerja kepada mana-mana syarikat dan semestinya lah korang kena jadi ahli KWSP.

Tak susahkan nak mohon i-Saraan ni? Korang yang mana kerja sendiri tu jangan nak lengah-lengah lagi, cepat-cepatlah daftar. 

Untuk Suri Rumah Tu Jangan Tak Menyimpan!

Ha sebelum kami terlupa dan hampir menjadi mak cik bawang yang suka berleter ni, kami nak bagi tahu juga yang para isteri di rumah tu boleh simpan dengan i-Saraan juga tau!

Lepas ni duduk rumah pun boleh simpan duit sikit-sikit. Tak ada lah duduk rumah tu dihina orang sana sini. Lagi-lagi dengan mak cik bawang. Nak pula kita yang baru berkahwin tak bekerja, lepas tu mula lah mak cik keliling membawang.

Selalu sangat dengar ayat macam ‘kenapa tak kerja dah ni, muda lagi takkan nak harapkan duit suami jer nanti tak ada simpanan sendiri’. Tu lah ayat yang sering isteri yang muda-muda ni dengar.

Lepas ni korang dengar jer ayat macam tu korang terus cakap ‘tak apa mak cik saya dah daftar dan simpan dengan i-Saraan’. Ha mesti terkebil-kebil mata mak cik tu tak tahu apa i-Saraan ni.

Duduk Rumah Pun Dapat Faedah

Tapi bagi suri rumah yang berdaftar dengan eKasih, korang boleh daftar dan simpan dengan Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP. Haa panjang betul nama, kita panggil Kasih Suri lah ya. Yang ni lagilah untung banyak, bukan jer dapat sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun, malah korang juga boleh dapat bantuan kematian sebanyak RM2,500 dan bantuan hilang upaya sebanyak RM5,000. Memang kali ni kalau mak cik bawang bahan korang, korang ajak jer geng-geng onion ni daftar je benda ni jugak.

Yang menariknya, baik i-Saraan atau Kasih Suri, korang boleh simpan apa-apa amaun dan bila-bila masa je ikut kemampuan korang. Paling penting sekali, korang masih boleh buat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan KWSP, dan siap dapat dividen tahunan lagi. Menarik tak?

Siapa Jer Yang Layak Buat Kasih Suri Ni?

Pertama sekali, korang boleh masukkan duit ke dalam akaun sendiri atau boleh juga kalau suami yang nak masukkan duit bulan-bulan kat akaun korang.

Selain itu, korang haruslah berstatus warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun dan dah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Untuk Kasih Suri ni korang boleh simpan sekurang-kurangnya RM5 sebulan je.

Jadi yang bergelar suri rumah tu jangan pandang remeh bab ni. Korang yang dah buat caruman i-Saraan dan Kasih Suri ni jangan lupa untuk muat turun aplikasi i-Akaun tau. Senanglah sikit nak kemas kini akaun KWSP korang dan pada masa yang sama korang boleh selalu tengok baki simpanan yang bertambah tu jadi semangatlah nak menyimpan!

Untuk info yang tepat lagi terkini, korang boleh layari laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my dan laman media sosial diorang.