Tercabut lutut. Itulah gurauan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terhadap pertanyaan sama ada dia bermusuh dengan Datuk Seri Vida gara-gara pendapatnya terhadap jutawan kosmetik tersebut yang disuarakan di Instagram.

BACA: Aliff Syukri Balas Teguran Chef Wan Di Instagram


“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida). Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga”

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri. Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” gurau Chef Wan dipetik dari portal mStar Online.


Apa pun, selaku insan yang sudah lama berada di dalam industri seni tanah air, bagi Chef Wan dia semahunya menjauhi sifat dendam dan juga marah yang berpanjangan.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan. Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” katanya lagi. Respek. (rtky/s)