fbpx

“Terang-Terang Nampak Burung, Tapi Masih Ada Yang Kata Deepfake”

Sejak beberapa hari lalu kembali hangat diperkatakan di media sosial video aksi lucah didakwa mirip seorang pendakwah terkenal.

Malah, penyanyi rap Caprice turut didakwa mengajuk aksi lucah dilakukan oleh lelaki didakwa mirip pendakwah terkenal semalam menerusi satu entri di Instagram.

BACA: Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Menjelaskan videonya mengajuk aksi lucah berkenaan, Caprice berkata tindakan individu terbabit jauh lebih melampau berbanding tindakannya itu namun tiada siapa bercakap mengenai perkara itu.

“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat. Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan melayangkan aksi ciuman.

“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,” soalnya.

Dalam pada itu, Caprice turut memberikan contoh mengenai seorang ahli politik negara yang pernah dimasukkan ke dalam penjara meskipun bukti kurang jelas. Ujarnya, berbeza dengan video tular itu yang sudah terang lagi bersuluh namun ramai yang mengatakan ianya palsu.

“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.

“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfake’ (suntingan). Malaysia, sejak bila burung pun boleh ‘deepfake’,” katanya.

Dalam pada itu, di akhir video tersebut Caprice turut mengingatkan bahawa dunia sekarang berada di fasa akhir zaman.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.

“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis,” katanya.