fbpx

Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6

Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6

Sekurang kurang’nya ramalan 41% pembaca Rotikaya yang mengundi Caroline atau nama sebenar beliau Puteri Caroline Mohd Kamel untuk memegang gelaran juara Mentor musim keenam yang berakhir malam tadi dengan jaya’nya di Stadium Malawati, Shah Alam.

Caroline yang merupakan protegé kepada Ella berjaya membawa pulang RM100,000  berserta trofi apabila berjaya mengumpul markah tertinggi sebanyak 71 menewaskan dua orang pesaing lain yang tidak kurang hebat’nya — Zatul (60 markah) & Anas (50 markah).

Di pentas akhir Mentor 6 malam tadi, kesemua peserta tampil dengan sebuah lagu baru sebagai pengenalan identiti mereka. Caroline membawakan lagu ciptaan Ajai berjudul Harus Cintamu, Zatul dengan Tinggalkan Yang Lalu (Manusia Putih) & Anas bersama Hanya Dirimu (Audi Mok & Omar K).

Tahniah daripada kami buat ketiga tiga mereka kerana berjaya menampilkan usaha terbaik pada malam ini walaupun kesemua protegé mengalami masalah kesihatan ketika pentas akhir berlangsung — lebih lebih lagi Caroline yang pengsan awal pagi semalam.