fbpx

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman yang juga personaliti media sosial, Kasih Iris Leona meminta netizen tidak mengaitkan lagi dirinya dengan bekas kekasih.

Leona berkata mereka di luar sana tidak berhak untuk mengetahui butir lanjut dan serta punca perpisahannya dengan bekas kekasih.

BACA: Netizen ‘Sejuk Mata’ Tengok Leona Bertelekung

“Sudah lama rasanya saya tidak bercakap panjang di video ini dan banyak perkara yang berubah dalam tempoh itu. Ramai yang bertanya mengenai saya dan bekas teman lelaki.

“Kami tidak lagi berkomunikasi kerana kami bukan kawan. Jadi, saya berharap anda tidak terus mengaitkan saya dengan si dia lagi.

“Dan ada yang berpendapat mereka berhak untuk tahu apa yang berlaku. Namun, saya rasa tidak perlu. Apa yang boleh saya katakan adalah kami tidak berada dalam keadaan baik, jadi biarlah begitu.

“Tidak dinafikan saya pulang bagi mendapatkan pengakhiran namun kadang kala tidak semuanya memerlukan penutup bagi mengakhiri sesebuah cerita,” katanya.

Sebelum ini, Leona dilihat ada memuat naik video membeli telefon bimbit baru sebagai langkah untuk melupakan bekas kekasihnya dalam masa sama untuk memulakan hidup sempena tahun baru.

“Saya tidak berjaya untuk melakukan imbasan sepanjang tahun 2022 kerana hampir kesemuanya membabitkan seorang individu. Jadi saya memilih untuk tidak mengikuti trend itu.

“Bukan itu saja, apabila terlihat telefon ini juga mengingatkan saya kepada dia. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk beli telefon baru tanpa ‘transfer’ sebarang gambar atau nombor ke telefon ini. Jadi kepada anda yang mempunyai nombor saya, bolehlah menghantar mesej atau telefon saya,” katanya.