fbpx

Netizen ‘Sejuk Mata’ Tengok Leona Bertelekung

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Namun perkongsian terbaru Leona menjadi perhatian apabila memuat naik videonya dilihat memakai telekung berwarna merah jambu di aplikasi TikTok.

BACA: Pakaian Terlalu Seksi, Azhar Sulaiman Minta Leona Jadi Bijak

@leonsmeonss

? Boy’s a Liar – PinkPantheress

Melihatkan penampilannya yang sopan itu, ramai yang memuji melihat gadis berusia 20 tahun itu tampil menutup aurat serta memuji kecantikan Leona.

Tidak kurang juga, ada segelintir mengatakan sejuk mata melihat Leona tampil sedemikian serta mendoakan agar gadis itu menutup aurat dengan sempurna.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa hairan apabila anaknya itu menjadi perhatian serta menyifatkan kecaman diterima Leona seperti seorang selebriti.

Malah, Azhar mengatakan apabila anaknya berpakaian sopan netizen tidak berkata apa-apa tetapi apabila berseluar pendek ramai pula netizen mengecam.