fbpx

Selepas sekian lama berteka-teki, selebriti popular Neelofa akhirnya membuka mulut bahawa dia kini berada di fasa terkahir kehamilan.

Umum mengetahui, Neelofa dan suaminya, PU Riz sering membuat live di Instagram bagi berkongsi ilmu dan mempromosikan produk perniagaan mereka.

BACA: “Perut Dah Nampak, Saya Tak Boleh Sorok Lagi”

Baru-baru ini, IG Live pasangan itu menjadi perhatian dimana ketika itu PU Riz sedang membaca zikir-zikir namun wajah Neelofa tiba-tiba berubah dan segera mengusap lembut perutnya.

Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok ainunumairah__. Tidak sampai hari dikongsikan, video tersebut mendapat lebih setengah juta tontonan.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak sabar untuk melihat cahaya mata pasangan itu. Malah, ramai mendoakan agar urusan bersalin Neelofa dipermudahkan dan berjalan lancar.

Terdahulu, Neelofa berkata dia kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya bagaimanapun enggan mendedahkan jantina cahaya mata pertamanya bersama PU Riz itu.