fbpx

Siapa peminat telefon pintar keluaran OPPO tu, silalah munculkan diri anda di Roadshow OPPO Reno 10x Zoom yang bakal berlangsung di LG1 Main concourse, Sunway Pyramid pada 24 sehingga 30 Jun ini.

Memang rugi jika anda tidak serbu pameran bergerak OPPO ini. Nak tahu kenapa? Salah satu sebab adalah anda boleh jumpa Neelofa, Fattah, Elfira Loy (yang akan hadir pada 29 Jun), Kamal Adli dan ramai lagi untuk memperluaskan pengenalan model telefon pintar kegemaran ramai ini.

Lebih menarik lagi, semasa pameran berlangsung anda juga boleh membeli OPPO Reno 10x Zoom dan berpeluang menangi hadiah menarik seperti chromecast 3 bernilai RM199 dan gimbal stabilizer bernilai RM 599 dan waranty screen protection selama sebulan.

Manakala bagi anda yang membeli OPPO Reno (versi standard) semasa pameran berlangsung anda bakal mendapat Smart battery casing bernilai RM199 dan Chromecast 3 bernilai RM199.

Bukan itu sahaja tahu, di pameran bergerak OPPO Reno 10x Zoom ini juga ada peraduan menarik untuk anda sertai dan tentunya mengenai gambar yang paling menawan!

Di roadshow tersebut, anda akan dapat lihat sebuah bandar kecil yang dibina menggunakan struktur artistik dan dari situ tulah pertandingan bermula!

Anda perlu mengambil gambar di bandar kecil tersebut yang mempunyai logo OPPO dan Reno secara kreatif dengan menggunakan telefon pintar OPPO Reno dan muat naik di laman media sosial anda berserta hastag OPPO.

Lebih menarik lagi, di bandar kecil itu juga anda perlu mencari beberapa selebriti yang tersembunyi. Cari sampai jumpa patung-patung tersebut barulah ada peluang nak menang!

Seterusnya sabar menanti hadiah-hadiah yang menakjubkan yang bakal menjadi milik anda. Senang sahaja kan peraduan fotografi yang diadakan oleh OPPO ini? Rugi jika anda lepaskan peluang menarik yang paling best ini.

1. Pamela Tan Artwork

Ha sebelum terlupa ada satu kawasan yang anda boleh tangkap ribuan gambar untuk muat naik di laman media sosial anda iaitu di kawasan Pamela Tan art yang turut sama memeriahkan lagi suasana majlis.

Seni karya ini diperbuat sendiri oleh Pamela Tan yang dihasilkan daripada kepingan logam untuk dijadikan salah satu tempat yang menarik untuk anda OOTD.

Dengan keupayaan kamera tiga kamera berlakang bersaiz 48MP mampu menjadikan gambar anda lebih berkualiti dan meletop!

2. Kamera 48MP Untuk Mod Potret Sempurna

Di Pamela Tan art ini anda boleh terokai sendiri setiap pelusuk pamera Tan art dengan telefon pintar OPPO Reno untuk lihat sendiri kesan warnanya yang awesome.

Mod potret yang terdapat pada OPPO Reno akan memberikan anda beberapa kesan optimum mengenai gambar potret, warna, kesan cahaya, dan banyak lagi yang dapat membantu anda mengambil gambar seperti model majalah.

3. OPPO Reno 10x Zoom Dengan 10x Zoom Hibrid Dan 60x Zoom Digital

Jadi semasa pertandingan berlangsung untuk cari logo OPPO dan RENO ada haruslah menggunakan telefon pintar OPPO Reno 10X Zoom.

Yalah cuba anda lihat, bandar direka dengan reka bentuk yang sekecil ini anda harus betul-betul zoom baru boleh dapat logo tersebut dan boleh menang hadiah.

Menarik kan? Lebih buatkan anda teruja apabila telefon pintar kegilaan ramai ini boleh diambil bersama telco pilihan anda. Tak kisahlah samaada telco Maxis mahupun Celcom.

Apabila anda beli sahaja dengan telefon pintar dengan telco terkemuka ini anda bakal bawa pulang beg OPPO Reno bernilai RM159 untuk pembelian pakej OPPO Reno tetapi jika anda beli pakej OPPO Reno 10x Zoom anda dapat gimbal stabilizer bernilai RM599.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri telefon pintar OPPO Reno 10x Zoom:

1. Tri kamera belakang Yang Menyokong 10x Kuasa Zoom Hybrid

OPPO Reno hadir dengan tri kamera belakang (triple camera) yang mempunyai kuasa 48MP + 13MP untuk telephoto dan 8MP untuk kuasa wide angle.

Tambah menarik lagi, kali ini OPPO Reno hadir dengan kuasa 10x zoom yang menyokong kuasa zoom hybrid sehingga 60x dan sekaligus merupakan teknologi terbaru yang dikeluarkan oleh OPPO untuk peminatnya.


Jadi selepas ini anda boleh zoom sehingga 10x lebih jauh dari jarak sebenar untuk dapatkan gambar dan video yang lebih meletop. Gambar anda mampu diperbesarkan sehingga 60x zoom tahu. Menarik bukan?

Nah kami belanja anda perbezaan OPPO Reno standard dan OPPO Reno 10x Zoom.

Bukan itu sahaja, bahagian tri kamera belakang OPPO Reno 10x ini merangkumi kuasa Ultra-Wide Angle yang memberi fokus sehingga 15.9mm, Ultra Clear Master + Telephoto.

Kamera utama OPPO Reno ini mampu berikan anda gambar yang lebih berkualiti dengan kuasa kamera telefoto, yang memberi fokus sehingga 159mm dan digabungkan dengan peep-up structure untuk menyokong kuasa zoom yang tinggi.

Lebih menarik lagi, OPPO Reno 10x ini juga mempunyai Dazzle mode yang akan meningkatkan warna gambar anda menjadi lebih terang.

Gambar potret anda pun akan lebih awesome dengan Artistic portrait yang main peranan dari segi warna, dan cahaya sekaligus akan membuatkan gambar potret anda seperti dalam majalah.

2. Ultra Night 2.0

Dengan OPPO Reno yang super duper power ini yang anda tak perlu risau lagi untuk tangkap gambar pada waktu malam.
Fungsi Ultra Night Mode 2.0 yang menggunakan AI, HDR dan multi frame nopise reduction akan menjadikan gambar anda lebih jelas dan cerah setiap masa.

Lebih menabjukan jika anda rakam video menggunakan OPPO Reno 10x Zoom ini yang dilengkapi dengan 4k video shooting yang di mempunyai bunyi yang jelas dan power semasa anda merakam detik indah anda.

Bukan itu sahaja, bahagian video ini akan lagi menyelah bak teater filem dengn pembesar suara stereo dan Dolby atmos

Pembesar suara utama (bawah telefon) dan pembesar suara menengah (bahagian atas telefon) dimainkan serentak untuk menghasilkan kesan pembesar suara stereo dan memberikan pengalaman bunyi yang menabjukan.

3. VOOC 3.0 Lengkap Dengan Hyperboost 2.0 Serta Qualcomm Snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM

OPPO Reno 10x Zoom kini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan tahan lama dan dilengkapi dengan pengecasan terpantas VOOC 3.0.

Buat penggemar game anda pasti tersenyum apabila memiliki telefon pintar ini kerana ia dilengkapi dengan Hyperboost 2.0 dan qualcomm snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM yang memberi pengalaman yang luar biasa ketika bermain dan menghalang telefon daripada kepanasan meskipun bermain pada waktu yang lama.

Tak kan nak tengok selebriti pujaan anda sahaja bergaya dengan OPPO Reno 10x Zoom ini. Anda bila lagi! Kebanyakan selebriti gemar menggunakan OPPO Reno dek kerana kecangihannya yang luar biasa. Ini buktinya: