fbpx

Tempahan Album Pertama Susan Boyle Pecah Rekod Amazon.com

Susan Boyle sekali lagi mencipta sejarah dalam industri muzik dunia.

Selepas video nyanyian’nya untuk Britain’s Got Talent menerima lebih 100 juta tontonan di’Youtube, album Susan Boyle hari ini menjadi rebutan ramai.

Album pertama Susan Boyle dengan tajuk ‘I Dreamed A Dream’ akan di’lancarkan Isnin ini tetapi tempahan melalui Amazon.com dari orang ramai melebihi tempahan mana-mana album & artis sebelum ini.

“Lapan bulan lepas, tiada siapa kenal siapa Susan Boyle, hari ini, album yang dia bikin lebih banyak terjual dari mana-mana artis,” kata Ketua Jualan Amazon.com, Julian Monaghan.

Album terbaru Susan Boyle akan mengandungi barisan lagu baru “Wild Horses” dan “You’ll See” termasuk “I Dreamed a Dream”, “Memory” dan “Cry Me a River”.