fbpx

Sebut sahaja Kentucky Fried Chicken atau KFC, pasti anda terbayang ayam gorengnya yang ranggup, Cheezy Wedges, dan paling menarik Zinger Burger yang tidak dapat dilupakan.

Terkini KFC Delivery menyokong hebat industri esports Malaysia dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk peminat setia permainan video dalam talian.

KFC Delivery yang kini menyokong hebat esports akan memberikan anda sesuatu yang bernilai dan pastinya membuatkan anda tersenyum apabila menerima hadiah bernilai lebih daripada RM45,000 untuk dimenangi.

Kali ini KFC Delivery mahu berikan kepada anda hadiah istimewa berupa tiket VIP KL Major Dota 2 dan Acer Predator gear.

Nak tahu bagaimana untuk dapatkan tiket VIP KL Major Dota 2? Mudah saja. Anda hanya perlu membuat tempahan KFC Delivery secara online dan setiap KFC Delivery ada ganjarannya.

Menarik lagi, bukan itu sahaja hadiah yang ditawarkan. Hadiah seperti komputer riba permainan Acer Predator juga disediakan untuk anda bawa pulang.

Tidak terhad dengan hadiah yang membolehkan anda terus bermain permainan video game, terdapat pelbagai lagi hadiah yang diluar jangkaan untuk dimenangi termasuklah aksesori bernilai lebih daripada RM45,000.

Anda hanya perlu membuat tempahan KFC Delivery online bermula 9 sehingga 31 Oktober ini.

Hanya dengan mendaftar ke laman rasmi KFC sahaja anda mungkin menjadi salah seorang pemenang.

Jadi apa tunggu lagi, inilah peluang terbaik untuk anda dapat tiket Dota 2. Bukan sahaja dapat tiket percuma, KFC pun dapat.

Bolehlah makan KFC sambil layan game 16 pasukan yang berentap untuk bermain Dota 2 nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 sehingga 18 November ini.

Tunggu apa lagi? Layarilah KFC Dota2 sekarang!