Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo menziarahi pusara kekasihnya sempena ulang tahunnya yang ke-26 di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, semalam.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Pablo yang juga anggota kumpulan rapper ForceParkBois menitipkan ucapan hari lahir buat arwah Syazlin.
BACA: Pelakon Syazlin Zainal Maut Akibat Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri

“Ya Allah cantiknya kekasihku hari ni (semalam). Selamat hari jadi sayangku,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, teman lelaki Syazlin dilihat memakai baju kemeja yang sama sewaktu pernah bergambar bersama Allaharham.

Kelihatan rakan-rakan terdekat turut menziarahi pusara Syazlin sambil menenangkan Pablo yang masih bersedih diatas pemergian pelakon wanita itu.
Terdahulu, Allahyarham Syazlin dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru.