fbpx

Teman Lelaki Zarina Anjoulie Hadiahkan Rumah Di Kawasan Elit

Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Baru-baru ini, perkongsian teman lelaki Zarina menjadi perhatian apabila memuat naik satu perkongsian di Insta Story membelikan sebuah rumah buat Anju, anak lelaki pelakon tersebut iaitu Martin serta anak perempuannya, Julia Sharapova.

BACA: Mesra Berpelukan Dengan Lelaki Kacak, Zarina Anjoulie Bakal Kahwin Lagi?

Menerusi perkongsian itu, DS Elzey dilihat menaiki kereta buggy golf di sebuah kawasan perumahan berserta kapsyen yang menjadi perhatian. 

Dalam pada itu, diruangan komen Elzey memaklumkan sudah mengambil kunci rumah berkenaan dan bakal diserahkan kepada Zarina.

“Baru dapat kunci rumah dan Anju dapat hadiah rumah,” tulisnya.

Sebelum ini, Zarina menggesa netizen supaya tidak menganggu kehidupannya bersama teman lelaki serta mengatakan dia juga berhak bahagia. Zarina turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk rasa bahagia berikutan kisah silam yang berlaku sebelum ini.