fbpx

Mesra Berpelukan Dengan Lelaki Kacak, Zarina Anjoulie Bakal Kahwin Lagi?

Baru-baru ini tular foto di media sosial memaparkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie berpelukan dengan seorang lelaki dengan penuh mesra.

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik oleh lelaki berkenaan sekaligus mencetuskan tanda-tanya netizen serta ada yang membuat spekulasi sama ada lelaki itu adalah kekasih Zarina.

BACA: Zarina Anjoulie Buang Tatu Di Badan, Satu Sesi Cecah RM500

Malah, lebih mengejutkan lelaki itu turut menyertakan kapsyen meminta mendoakan hubungan mereka serta mengatakan Zarina adalah bakal isterinya.

https://twitter.com/fahregafar/status/1595751628820606978?

Bagaimanapun, Zarina dilihat memuat naik status memberitahu kelaki tersebut hanya sekadar kawan sahaja. Zarina turut meluahkan rasa hairan jika ada gambarnya bersama lelaki je pasti akan kecoh dan huru hara.

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.