fbpx

Bila bercakap soal telefon pintar ketika ini, biasanya ramai inginkan telefon pintar yang serba canggih, hebat dan nampak elegan luar dalam. Ramai juga yang mahukan telefon yang besar dari segala segi — daripada saiz sehinggalah kepada kapasiti storan.

Jangan risau jika anda mahukan semuanya BIG BIG BIG kerana kini ada telefon pintar yang akan penuhi keinginan dan memberikan makna dalam hidup anda. Telefon pintar apa yang kami maksudkan?

HONOR baru sahaja melancarkan HONOR 9X yang bakal kembali menjadi kegilaan ramai dengan keupayaan besar yang dimiliki. Didatangi dengan rekabentuk menawan dan elegan yang pasti akan membuatkan ramai jatuh hati. Tapi, apa sebenarnya yang BIG BIG BIG dengan telefon pintar ini?

1. Skrin Bersaiz BESAR Sebesar Muka

HONOR 9X datang dengan skrin bersaiz 6.59inci yang cukup besar untuk kepuasan anda menonton filem, bermain game kegemaran, selfie dan banyak lagi. Lebih menarik, skrin dengan teknologi Fullview Display ini tidak mempunyai sebarang takuk yang menjadi gangguan pada telefon pintar lain. Anda boleh nikmati skrin sebesar muka ini sepuasnya untuk apa sahaja aktiviti.

2. Rakam Memori Tanpa Ragu-Ragu

Dengan kemara yang hebat dan menawan, pasti anda tidak mahu terbatas dengan kapasiti storan HONOR 9X bukan? Berita baik untuk semua, HONOR 9X hadir dengan kapasiti storan sehingga 128GB dan jika tidak cukup juga anda boleh tambah memori kad sehingga 512GB.

Dengan kapasiti storan yang besar, rakam sahaja semua memori anda tanpa rasa ragu-ragu dan biarkan HONOR 9X dipenuhi memori indah dan momen besar dalam hidup anda.

3. Tinggalkan Powerbank Di Rumah

Siapa lagi perlu bawa powerbank yang berat apabila keluar rumah? Dengan HONOR 9X yang tawarkan kapasiti bateri 4,000mAh anda tidak perlu lagi risau kehabisan bateri kerana ianya mampu bertahan lama. Katakan selamat tinggal kepada powerbank dan nikmati kuasa berpanjangan dengan bateri besar HONOR 9X.

4. Kamera Utama 48MP & Kamera Selfie Dengan Pop Up Di Atas

Satu kelainan besar pada HONOR 9X ini adalah sistem kamera selfie yang akan pop up ke atas apabila anda memilih untuk berselfie. Dengan kamera resolusi 16megapiksel, memang selfie anda tidak akan ada cacat cela — sentiasa bersedia untuk momen besar dalam hidup anda.

HONOR 9X juga dilengkapi dengan tetapan 3 kamera di belakang yang memberikan anda kebebasan untuk merakam momen penting dalam hidup. Hadir dengan kamera utama 48megapiksel dan kamera ultra-lebar 8MP, anda tidak akan terlepas untuk merakam gambar yang besar untuk kenangan. Fuh!

Berminat dengan HONOR 9X yang serba besar fungsinya? HONOR 9X akan mula dijual di Malaysia melalui atas talian (online) termasuk laman rasmi Hihonor, kedai rasmi HONOR dan pengedar rasmi HONOR di seluruh Malaysia pada 28 November ini.

HONOR 9X akan dijual dengan harga hanya RM999 — sangat berbaloi dengan semua spesifikasi yang kami sebutkan di atas. Bukan itu sahaja, jika anda membeli HONOR 9X secara online di Lazada dan Shopee, ada tawaran menarik untuk anda semua.

Sekiranya anda membeli HONOR 9X di kedai atas talian Hihonor, anda hanya perlu menambah RM0.99 sahaja untuk mendapatkan HONOR Sport Pro, atau sekotak hadiah dengan HONOR Band 5 Sport.

Manakala, sekiranya anda membeli melalui laman Shopee, anda berpeluang untuk menerima sekotak hadiah, HONOR Band 5 Sport, dan PWP pada harga RM199 sahaja untuk HONOR Sport Pro bermula 28 November hingga 1 December.

Namun, pada 29 November hingga 1 December pula, anda berpeluang untuk menerima hadiah yang sama sekiranya membeli HONOR 9X di kedai fizikal rasmi HONOR. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah hadiah ini sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi HONOR sekarang