fbpx

Sejak minggu hangat diperkatakan mengenai program Hero Teladan yang dianjurkan Youtuber terkenal, Isa Isarb yang dikecam teruk kerana menempatkan peserta lelaki dan perempuan dalam satu rumah.

Susulan kecaman diterima, program tersebut telah pun dibatalkan serta merta. Namun ramai yang masih mempersoalkan idea program berkenaan.

BACA: Anak Rita Rudaini Raih Keputusan Cemerlang Pointer 3.99 Di MRSM

 

Malah, perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang tampil menegur program tersebut seolah mahu meniru barat sedangkan mereka bukan Islam.

Rita turut mempersoalkan ibu bapa yang membenarkan anak-anak menyertai program tersebut serta meminta pempengaruh di luar sana hendaklah menjadi cerdik dan tidak mengejar populariti semata-mata.