fbpx

Anak Rita Rudaini Raih Keputusan Cemerlang Pointer 3.99 Di MRSM

Pelakon Rita Rudaini berkongsikan berita gembira apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan rasa syukur di atas pencapaian anaknya itu serta memberitahu Rayyan antara 10 pelajar terbaik dalam tingkatan.

BACA: Sokong Rita Rudaini, Netizen Mahu Kumpul Duit Lantik Peguam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT. Tahun ini Ryan Top 10 batch student tetapi kali ini SUBES pula. Tahniah, mummy akan pastikan anak-anak mummy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.

“Doa mummy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah kepada Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulisnya.

Dalam video itu, Rayyan turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ibunya yang membesarkan dirinya serta mengatakan keputusan cemerlang itu hadiah sempena untuk hari lahir Rita.

“Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A-. 3.99 ni sebagai hadiah birthday mummy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk mummy,” katanya.