fbpx

Tegur Perut Ruhainies, Risteena Tempelak Komen Netizen

Umum mengetaui, pelakon Risteena Munim selamat berelar isteri kepada Isa Khan dalam satu majlis serba ringkat pada 12 Mac lalu.

Jika anda mengikuti Instagram Risteena, pelakon itu dilihat tidak lokek berkongsikan foto sekitar majlis resepsi buat peminat.

BACA: “Risteena Wanita Hebat, Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa”

Bagaimanapun, satu foto yang dikongsikan oleh Risteena menjadi perhatian ramai apabila ramai yang menegur perut adiknya, Ruhainies yang seakan buncit.

Malah, ada beberapa netizen mempersoalkan perut Ruhainies yang seolah-olah kelihatan hamil. Komen netizen itu mendapat perhatian Risteena yang menempelak soalan tidak masuk akal itu.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan mungkin disebabkan rekaan baju Ruhainies menyebabkan pelakon itu kelihatan seperti buncit. Ada sahaja netizen ni, sampaikan bahagian perut pun dijadikan isu.