fbpx

Tegar Selamat Timang Anak Pertama Di Usia 19 Tahun

Popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, penyanyi Tegar Septian sudah pun mendirikan rumah tangga 20 Mac lalu bersama seorang gadis bernama Sarah Sheilka yang berusia 23 tahun.

Terbaru, penyanyi berusia 19 tahun itu selamat menimang cahaya mata pertama iaitu seorang bayi lelaki pada Sabtu lalu. Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Tegar menerusi entri di Instagram miliknya.

BACA: Bekas Pengurus Tegar Cabar Sufi Mohon Maaf Terbuka

Menerusi perkongsian foto itu, Tegar kelihatan ceria di samping bayinya. Bagaimanapun, Tegar belum mengumumkan nama anaknya itu.

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Bagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.