fbpx

Tegar Dakwa Didera Secara Seksual Oleh Pengurusnya

Sebelum ini ada dakwaan mengatakan bahawa salah faham telah berlaku antara Tegar dan pengurusnya, Muhammad Arif Dollah tentang kemelut yang dihadapi mereka berdua ini. Sehingga kini, perkara ini bagaikan tidak berkesudahan.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Pengurus Nafi Tipu, Lesapkan Duit Tegar

Menerusi Kapanlagi.com, Tegar mendakwa dirinya telah didera secara seksual oleh pengurusnya itu. Bagaimanapun kenyataan tersebut diberikan oleh Tegar ketika membuat laporan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas Pa) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Tegar menceritakan bahawa apa yang dilakukan oleh pengurusnya itu (Dollah) ialah seperti memaksa penyanyi itu tidur dengan hanya memakai seluar dalam, ingin menemani Tegar bersama dan beberapa lagi perkara yang lain.

“Di hotel setiap Tegar mau tidur pakai kolor nggak boleh. Kata Kak Arif kolornya lagi kotor. Jadi tidur pakai celana dalam. Dia ikut-ikutan juga pakai celana dalam. Kalau Tegar tidur suka deket-dekat, (maaf) nempel di dubur tegar. Setiap Tegar mau mandi dia juga nemenin,” katanya.

Selain itu, Tegar turut memaklumkan ada beberapa barangan seperti gitar laptop dan kamera turut sama hilang. Nantikan penjelasan seterusnya. (rtky/hfz)