fbpx

Team Pagi Suria Meriahkan Jelajah Suria Ke Seluruh Negara

Jika anda pendengar setia Suria, ini peluang anda untuk bertemu dengan para penyampai popular Suria menerusi siri Jelajah Suria yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia.

Secara keseluruhannya, siri jelajah ini akan ke 6 lokasi secara berturut-turut melibatkan 4 siri Jelajah dan 2 siri Team Pagi Suria Belanja Makan yang telah pun berlangsung pada 1 September 2018 pada hari Sabtu sehingga 13 Oktober ini.

Jelajah Suria kali ini juga memberi fokus kepada gandingan penyampai baru Suria, Shahrol Shiro, Issey & Fizi Ali untuk slot ‘Team Pagi Suria’ yang keudara setiap pagi bermula 6 pagi -10 pagi, Isnin hingga Jumaat.

Siri Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria ini turut menampilkan barisan penyampai Suria seperti Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Peminat bukan sahaja dapat bertemu dua mata bersama penyampai Suria, malah boleh beramah mesra bersama barisan selebriti popular seperti Nabila Razali, Lan Solo, Siti Nordiana, Wany Hasrita, Tajul, Syamel, Naim Daniel, One Avenue Band dan ramai lagi!

Selain daripada itupeminat juga berpeluang menyertai pelbagai permainan pentasyang disediakan seperti Kutu Karoks dan memenangi wang tunai sebanyak RM500, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri!

“Antara kelainan yang Suria tampilkan pada siri Jelajah ini adalah buat pertama Jelajah Suria ini akan disiarkan secara langsung menerusi frekuensi Suria selama 1 jam bermula 5 petang -6 petang bagi membolehkan pendengar Suria dapat mengikuti acara yangsedang berlangsung,” kata DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Kanan Program Suria.

Kepada mereka yang terlepas mengikuti Jelajah Suria di dua lokasi sebelum ini, jangan risau kerana mereka masih mempunyai jadual penuh jelajah setiap Sabtu sehingga 13 Oktober seperti berikut:

22 September 2018 – Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
29 September 2018 – Angsana Mall, Johor Bharu

Team Pagi Suria Belanja Makan
06 Oktober 2018 – Kuantan, Pahang

Tidak dapat hadir kerana lain negeri atau jauh? Jangan risau, anda boleh menonton klip persembahan melalui laman Facebook rasmi Suria di @SuriaMalaysia atau ketahui info lanjut di www.suria.my.