Lama tak dengar cerita mengenai Liyana Jasmay, baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya sedang menikmati makanan.
Apa yang menjadi perhatian, pelakon itu tidak mengenakan sebarang mekap serta memberitahu dia tidak tidur selama lebih 16 jam kerana terlibat dalam penggambaran.
BACA: Liyana Jasmay Dikritik Makin Hitam, Macam Orang Kampung
@ljoneandonly bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful?
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulisnya.
Perkongsian Liyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang seolah menghina rupa paras pelakon tersebut.
Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan semula jadi Liyana meskipun tanpa mekap. Malah, ada yang suka dengan Liyana sejak dulu lagi kerana jenis yang suka tampil natural.