fbpx

Tayang Sipi-Sipi Wajah, Bad Indigo Dituduh Berilusi Ada Teman Wanita

Bulan lalu, penyanyi Bad Indigo memberitahu dia sudah bertemu pengganti enam bulan bercerai dengan bekas isterinya, yang juga penyanyi, Ashira Aziz.

Mengakui sedang melayari fasa bahagia, bagaimanapun Bad enggan mendedahkan identiti teman wanitanya itu dan akan dikongsikan apabila tiba masanya nanti.

BACA: Dah Jumpa Pengganti, Bad Indigo Tengah Bahagia ‘Melampau’

Terbaru, Bad dilihat ada memuat naik gambar seorang wanita dipercayai teman wanitanya di Instagram. Bad turut menulis kapsyen berharap wanita berkenaan dapat berada di sampingnya pada ketika ini bersamanya dan anak-anak.

Bagaimanapun, susulan tindakannya merahsiakan identiti kekasihnya itu ada yang menuduh penyanyi itu berilusi tentang mempunyai teman wanita.

Memetik mStar Online, Bad berkata dia tidak kisah tentang kata-kata netizen yang membuat pelbagai spekulasi mengenai teman wanitanya kerana apa yang penting keluarga dan kenalan tahu hal sebenar.

“Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya… dah tua, sakit, dan cacat… Suruh tak payah bercinta… tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa?

“Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya.

“Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. Saya dah lama dalam industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun,” katanya.

Dalam pada itu, Bad berkata dia bukan tidak mahu mendedahkan wajah kekasihnya itu tetapi bimbang jika berlaku perkara tidak diingini sehingga ganggu hubungan mereka.

“Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati. Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini.

“Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum,” katanya.

Terdahulu, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 namun mengumumkan perceraian pada 23 Jun lalu dan ia merupakan perkahwinan kedua mereka.