fbpx

Dah Jumpa Pengganti, Bad Indigo Tengah Bahagia ‘Melampau’

Selepas enam bulan mengumumkan perceraiannya dengan Ashira, penyanyi Bad Indigo memberitahu dia sudah bertemu pengganti dan kini sedang melayari fasa bahagia.

Memetik mStar Online, Bad bagaimanapun enggan mendedahkan identiti teman wanitanya itu dan akan dikongsikan apabila tiba masanya nanti.

BACA: Bad Indigo Mengaku Tak Jujur Dari Awal Jadi Punca Perceraian Dengan Ashira

“Kalau orang cakap tahniah saya terima  sahaja dan balas dengan ucapan syukur. Apa boleh saya katakan sekarang ini, saya bahagia yang melampau.

“Kalau sudah bahagia itu tak mungkinlah seorang diri. Tapi status sekarang ini masih belum sedia untuk kongsi. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai,” katanya.

Sebelum ini, Bad dilihat ada memuat naik gambar seorang wanita hanya memaparkan separuh bahagian muka.

Dalam pada itu, Bad berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk seseorang. Baginya, soal hati dan perasaan adalah milik Allah.

“Hati ini milik Allah. Saya pun tak pernah tutup hati untuk menerima orang baru. Kalau Allah sudah kata jadi maka jadilah ia.

“Saya sangat gembira apabila ramai yang memberi ucapan tahniah. Barulah saya tahu mereka semua mendoakan untuk saya terus bahagia. Terima kasih atas semua doa itu,” katanya.

Terdahulu, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kedua mereka.