fbpx

Tayang Gambar Berbikini, Sharifah Sakinah Dikecam Netizen

Sebut saja nama Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu pelakon itu sering menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang seksi.

Baru-baru ini, perkongsian Sakinah sekali lagi menjadi bualan apabila dilihat memuat naik gambarnya memakai pakaian renang mendedahkan sebahagian badannya.

BACA: Kekasih Baru Sharifah Sakinah Rupanya Mat Salleh Juga

Difahamkan, perkongsian Sakinah di Instagram itu adalah untuk mempromosikan produk sunscreen.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Sakinah itu mengundang kecaman netizen sehingga ada yang memerli pelakon itu dengan mengatakan bahang api neraka lagi sakit.

Dalam pada itu, ada yang menyindir pelakon itu dengan mengatakan ‘terpaling mat saleh’, namun ada yang memuji kecantikan Sakinah.