fbpx

Tayang Bahagia Dengan Isteri Di Media Sosial, Da’i Syed Ditegur Netizen

Baru dua minggu mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Da’i Syed tidak lokek berkongsikan memen bahagianya dengan isteri tercinta, Hana Ismail di media sosial.

Sering berkongsikan video bahagianya, memang ramai netizen yang ‘single’ cemburu dan makan hati. 

BACA: Berseloroh Nak Kahwin Lain, Da’i Syed Buat Isteri Merajuk

@daisyed_

Baru balik dari tempat mula pertemuan kami sampai terjatuh cinta ? #MajlisIlmu

? Once Again – Amsyarleee

Baru-baru ini, Syed ada berkongsikan video manis memaparkan dia bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja mereka selesai dari majlis ilmu. Menerusi video itu, Syed turut menulis kapsyen ianya tempat mula pertemuan mereka sampai terjatuh cinta.

Perkongsian Syed itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen yang meminta pendakwah itu supaya kurangkan menayang kebahagiaan bersama isteri di media sosial.

Kata netizen lagi, tindakan tersebut boleh mengundang kepada penyakit ‘Ain dan adalah lebih baik jika bahagia tidak ditunjuk.