fbpx

Berseloroh Nak Kahwin Lain, Da’i Syed Buat Isteri Merajuk

Sabtu lalu, pasangan selebriti, pendakwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Da’i Syed dan isterinya muncul secara live di Instagram sambil membuat unboxing hadiah yang diterima mereka ketika malis kahwin.

BACA: Da’i Syed Pasrah Jubah Solat Dipinjam Isteri Buat Cabut Rumput

Namun apa yang menjadi perhatian, Da’i Syed sempat bergurau apabila mengatakan mahu berkahwin lagi di depan isteri tersayang.

https://www.tiktok.com/@anglemira.ak/video/7174436759688760603?

Gurauan itu sekaligus membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah. Melihatkan Hana berubah air muka, Da’i Syed segera memujuk isterinya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang faham bahawa pasangan itu hanya sekadar bergurau sahaja.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan sayu melihat air muka Hana serta menitipkan pesanan buat Da’i Syed agar menjaga hati isterinya serta mendoakan agar rumah tangga pasangan itu bahagia.