fbpx

Tayang ‘6 Pack’, Asad Motawh Buat Peminat Tak Keruan

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Asad Motawh menjadi perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar memaparkan bahagian abdomennya atau ‘six pack’.

Menerusi entri tersebut, penyanyi itu turut menulis kapsyen ringas iaitu “1980’s nightmare wonder’s China Town”.

BACA: Nyanyi Penuh Emosi, Peminat Pujuk As’ad Motawh Jangan Menangis

Sebelum ini, Asad ada memuat naik video transformasi badannya dua tahun lalu dan kini. Dapat dilihat sebelum ini Asad dilihat kurus dan kini lebih sasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by As’ad Motawh (@asad.motawh)

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu membuatkan ramai peminat terutama golongan gadis tidak keruan melihat badannya yang dilihat semakin sasa.

Ramai yang memuji ketampanan penyanyi itu yang dilihat semakin matang dan ada juga yang mengatakan mereka akan menjadikan gambar itu sebagai wallpaper telefon mereka.