fbpx

“Tawaran Kerja Terjejas Kerana Kontroversi”

Enggan menyalahkan mana-mana pihak namun Aliff Aziz akui kontroversi yang melanda dirinya membabitkan Afifah Nasir terdahulu telah menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon dan juga penyanyi. Bagaimanpun Aliff enggan berfikiran negatif dan ingin berusaha lebih keras demi masa depan keluarga.

BACA: Sekitar Majlis Aqiqah Anak Aliff Aziz, Bella Astillah

“Publisiti buruk yang diterima memberi kesan kepada kerjaya seni, tetapi saya tidak mahu berfikiran negatif. Saya juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak di atas kesilapan sendiri. Sekarang adalah masa untuk saya kembali memperbetulkan keadaan dengan meluangkan lebih masa bersama keluarga”

“Sekarang adalah masa untuk saya bekerja lebih keras dan melupakan segala peristiwa hitam yang pernah berlaku sebelum ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kontrversi panas melanda dirinya dulu.

Sementara itu Aliff yang ditemui ketika majlis aqiqah dan cukur jambul anaknya, Mohamad Ayden Adrean semalam berkata, kehadiran anaknya itu cukup bermakna buat mereka. Beliau tidak mahu lagi mengingati peristiwa hitam itu dan ingin kembali menagih kepercayaan isteri dan keluarganya.

Siapa yang tidak mempunyai peristiwa hitam bukan, yang pastinya kita pandang ke depan dan mengambil iktibar daripada kesilapan lalu. Apapun semoga keluarga Aliff dan Bella Astillah sentiasa bahagia hendaknya, apa lagi bersama bayi comel mereka. (rtky/w)