Tawaran Berlakon Kurang, Ali Puteh Rancak Jual Baju Kanak-Kanak & Minyak Wangi Di TikTok
Pelawak Ali Puteh kini aktif dalam dunia perniaagan dengan menjual pakaian kanak-kanak serta minyak wangi di platform TikTok untuk menambah pendapatan.
Memetik mStar Online, Ali berkata dia tidak sangka dengan sambutan diterima daripada pelanggan kerana dia hanya menjual secara siaran live di TikTok.
BACA: Ali Puteh Sedih Tak Dapat Jumpa Anak Arwah Abam
Menurut Ali lagi, pelbagai barangan dijual olehnya namun dia memberi fokus dengan jualan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.
“Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.
“Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga.
“Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya.
Dalam pada itu, Ali berkata dia ada menerima tawaran berlakon namun kurang, Bagaimanapun, dia tetap bersyukur dapat ada rezeki dalam berniaga, Malah, Ali memberitahu dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedai sendiri tidak lama lagi.
“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Aku tngk ramai retis2 ni bila kurang job, bila dah xde offer mula la masing2 meeayu2 kt wartawan. Baru2 ni Eizlan Yusof pun mengadu dah 6 bln xde offer. Yg aku respek kt Fattah Amin walau dah bertahun xde keluar tv atau dpt offer tp dia bila interview dgn wartawan x penah pun nk mintak simpati. Dia bijak cari income sendiri. Rilek2 jek main dgn anak dan isteri. Korg boleh tngk kt channel streaming drama2 siri muka fattah amin yg paling rare berlakon! Boleh kira dgn jari berapa siri jek dia berlakon tp x penah sekalipun dia mengeluh, merungut ckp dia dah xde job!!! Itu beza org yg bijak cari sumber pendapatan dan x terlalu bergantung dgn offer dari stesen tv jek!!!
Baguslah memberansangkan sales u.nnt blh blh hutang si dayah.ape kabar 60k.
Semoga urusanmu dipermudahkan..
Semoga rezeki dan pahala melimpah ruah..Aaminn
Bzzzt : Dah sah2 Fattah Amin tu bukan sebab x dpt offer tapi dia yg tak sauk ikut suka. dia pun byk duit sampingan selain jadi pelakon ….
BangTahh bijak..tu sbb sisFaz syg dia..haha