fbpx

Tauke Luah Rasa Gembira Isteri Sah Hamil

Membina mahligai perkahwinan tahun lalu, akhirnya Tauke berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nadia Mohd Effendi telah hamil empat bulan. Dengan itu, Tauke memohon doa dari peminat semua buat mereka.

BACA: Kahwin Kali Keempat, Tauke Jual Ubat Kuat Lelaki

“Saya belum sempat berkongsi dengan sesiapa mengenai perkara ini. Namun, saya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri. Buat masa ini, isteri tidak meminta makanan yang bukan-bukan”

Bercerita pula mengenai proses kehamilan setakat ini, Tauke memberitahu buat masa ini isterinya tidak mengidam yang pelik-pelik lagi namun beliau cuba memenuhi keinginan isteri yang sedang hamil anak pertama mereka.

“Namun, saya penuhi semua yang diminta kerana takut itu yang dihajati bayi dalam kandungan. Selain itu, ramai juga yang bertanya mengenai tubuh isteri yang kurus. Selera makan isteri sebenarnya normal, mungkin genetiknya memang begitu,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu Tauke sebelum ini pernah berkahwin namun bercerai dan selepas lima tahun menduda, Tauke mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia pada 2017. Semoga segala perancangan dipermudahkan buat Tauke dan isteri! (rtky/w)