fbpx

Tauke Harap Perkahwinan Keempat Kekal

Selamat diijabkabul semalam, Tauke berharap perkahwinan keempatnya kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Jelas Tauke, isterinya, Nadia amat teristimewa di matanya kerana sabar dengan perangai nakalnya.

Menafikan dirinya bukanlah playboy seperti yang digembar-gemburkan, tetapi ingin mencari wanita yang benar-benar serasi dengannya. Perkenalan selama lima tahun itu akhirnya berakhir dengan hubungan suami isteri.

BACA: Tauke Jambu Jemput Bekas Isteri Ke Majlis Kahwin

“Tidak ramai perempuan yang tahan dengan saya, tapi dia sangat sabar dan tahan dengan perangai saya yang nakal. Saya bukanlah playboy atau nakal tapi cuma saya suka berkawan dan mencari keserasian. Sebelum berkahwin tentulah kita cari perempuan yang betul-betul serasi”

“Kegagalan hubungan sebelum ini kerana sikap masing-masing yang tidak mahu mengalah. Ia seperti api dengan api. Tapi bila dengan Nadia dia jadi seperti air dengan api, bila saya marah dia akan pujuk,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Tahniah diucapkan kepada Tauke dan pasangan. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis pernikahan mereka semalam yang bertempat di De’ Laman Event Space. Enjoice! (rtky/w)