fbpx

Taufu Fa Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak

Nampaknya isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mahir dalam memasak. Selepas sambal sotong dipuji oleh kakaknya, kali ini taufu fa buatan Ira pula dipuji.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira memuat naik semula perkongsian oleh Wiwie Darvienda Mazweena yang memuji taufu fa dibuat isteri Syamsul itu dikatakan cukup lemak.

BACA: Pertama Kali Ira Kazar Kongsi Gambar Syamsul Yusof Di IG

Malah, dalam video itu wanita tersebut turut memuji air tangan Ira enak dan dikatakan sekarang kerap memasak.

“Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya. Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa,” katanya.

Beberapa hari lalu, perkongsian Ira menjadi perhatian ramai apabila pertama kali memuat naik gambar suaminya di Insta Story.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun berkahwin dengan Ira di Thailand dengan berwalikan bapa wanita tersebut iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.