fbpx

Taufik Batisah Ingin Timang Tiga Cahaya Mata

Bakal berbulan madu di Eropah tidak lama lagi, Taufik Batisah terlebih dahulu merancang ingin menimang tiga orang cahaya mata bersama isteri tercinta, Sheena. Namun, Sheena pula hanya bersetuju untuk dua orang sahaja.

BACA: Taufik Batisah & Sheena Akbal Sah Bergelar Suami Isteri

Selain bercerita mengenai rancangan mereka mendapatkan cahaya mata, Taufik memberitahu bahawa dia sangat beruntung bersama Sheena kerana isterinya itu sangat memahami pergerakan kerjayanya dan dalam masa yang sama sangat penyabar.

“Sheena seorang yang cantik dari segi luaran dan dalaman. Kecantikan yang dimiliki itu adalah bonus yang penting adalah hati budi. Isteri saya juga seorang yang penyayang dan menghormati ibu saya. Dia juga seorang yang penyabar serta memahami karier saya sebagai seorang penyanyi,” katanya.

Selain itu, dalam masa yang sama, Taufik yang selamat diijabkabul 4 April lalu turut mendedahkan bahawa suara latar untuk lagu ‘Awak Kat Mana’ adalah suara isterinya dan tidak menyangka ia menjadi viral di Singapura mahupun Malaysia.

Begitulah ceritanya pasangan baru berkahwin ini. Tentang jumlah anak yang mereka persetujui, sama-samalah kita kira nanti,ya? (rtky/s)