fbpx

Tasha Shilla Waspada Pilih Kekasih Hati

Pelakon yang sering dilanda kontroversi, Tasha Shilla akui tidak akan mudah terpedaya dengan lelaki lagi seperti dahulu, sebaliknya pengalaman yang dilalui telah banyak mengajar beliau untuk lebih berhati-hati.

BACA: Bekas Kekasih Tasha Shilla Ada Bukti, Mahu Dedah Kejadian Sebenar

“Dulu memang saya akui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki. Namun kini, pengalaman banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Jadi, buat masa ini biarlah saya fokus terhadap kerjaya seni. Tahun ini juga umpama comeback bagi saya selepas pelbagai kontroversi melanda diri sepanjang tahun lalu”

“Sebelum ini juga memang saya pernah menghadiri kursus kahwin, tetapi tanpa pasangan. Dalam hati, memang saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, cuma apakan daya saya belum ada calon,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, Tasha juga memaklumkan bahawa dirinya akan tetap terus berkecimpung didalam industri tanah air walaupun sudah berumah tangga dimasa akan datang. Tetapi buat masa ini, impian untuk melihat dirinya menaiki pelamin dalam masa terdekat mungkin tidak akan kesampaian. (rkty/w)