fbpx

Tasha Shilla Tetap Seksi, Ikut Tempat & Mood

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti kerana selebriti akan sentiasa menjadi perhatian di mata masyarakat. Namun bagi pelakon Tasha Shilla, dia komited dan fokus dalam mendapatkan apa yang diimpikannya dan dalam masa yang sama tidak menghiraukan mulut-mulut negatif di luar sana.

BACA: Tasha Shilla Tak Risau Lambat Jumpa Jodoh

“Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu. Bukan semua orang sukakan saya. Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni”

“Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu menurut Tasha, dia kini masih lagi berpakaian seksi namun mengikut kesesuaian sesuatu majlis atau tempat yang akan dikunjunginya.

“Saya masih lagi berpakaian seksi… saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai. Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan ‘mood’,” jelasnya.

Tasha kini yang kembali mendapat tawaran berlakon turut berharap agar peminat akan sentiasa memberi sokongan. Boleh tahan lama juga Tasha tidak muncul di dalam drama. bukan? Semoga impian Tasha untuk terus bersinar dalam industri seni tanah air akan terlaksana. (rtky/s)