Mungkin lebih lagi tetapi itulah jumlah yang di’laporkan oleh Harian Metro keluaran hari ini akan perbelanjaan mewah Tasha Shilla & Nur Fathia ketika mereka berada di kota fesyen terkenal, Paris.

Tasha Shilla di’khabarkan telah membeli dua kasut tumit tinggi jenis pumps berjenama Christian Louboutin yang masing masing berharga RM4,000 & RM5,800. Bukan kasut orang kebanyakkan. Heh.

Selain menunaikan impian memperagakan kasut jenama terkenal Christian Louboutin itu di kota Paris, Tasha Shilla turut membawa pulang sebuah beg tote berjenama mewah Prada bernilai RM6,000.

Nur Fathia pula tidak melepaskan peluang untuk membeli sebuah beg tangan jenama Chanel yang berharga hampir RM10,000 selain beberapa barangan lain termasuk kasut jenama Christian Louboutin juga.

Siapa kata bergelar pelakon hari ini tidak mampu survive dalam Malaysia? Berikut adalah beberapa keping gambar Tasha Shilla & Nur Fathia bersama Fizo Omar juga Aiman Hakim Ridza di kota Paris. Enjoice!