Minggu lalu, gambar Tasha Shilla bersama seorang jejaka bernama Hans yang bergelar peninju muay thai tersebar di internet dan menimbulkan tanda tanya apakah status hubungan mereka ketika ini — adakah ada cinta yang berputik.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Tasha Shilla mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan selepas berkenalan menerusi kawan kawan sekitar tiga bulan yang lalu dalam sebuah majlis.
BACA: Inikah Peninju Muay Thai Kekasih Baru Tasha Shilla?
“Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” ujar Tasha Shilla.
“Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak),” katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang. (rtky/m)