Minggu lalu, ada laporan daripada beberapa media menyebut yang Tasha Shilla menafikan yang dirinya kini sedang bercinta dengan seorang peninju muay thai namun tidak menolak yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka itu.

BACA: Tasha Shilla Dalam Proses Kenali Hati Peninju Muay Thai (ext.)

“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia & bagi Tasha, setiap persahabatan mesti terlebih dulu mengenali hati budi sahabat kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan,” ujar Tasha Shilla.

Hari ini, seorang penggiat forum Cari berjaya menemui akaun Instagram jejaka bergelar peninju muay thai itu dan kongsikan beberapa keping gambar beliau bersama Tasha Shilla.

Kalau dinilai dari gambar mereka berdua ini, boleh kami katakan mereka ini lebih dari sekadar kawan. Atau kawan zaman sekarang memang mesranya sebegini? Eh. (rtky/m)