fbpx

Tasha Shila Gembira Suami Selalu Teman Pergi Kerja

Baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati pada Februari lalu, pelakon Tasha Shila mengakui senang hati apabila suaminya, Muhammad Atiq Idris sering menemaninya pergi bekerja.

Menurut Tasha, suaminya kini menggantikan ibunya yang sebelum ini merupakan individu yang setia mengikuti ke mana sahaja. Tasha berkata dia juga akan menemani suaminya jika tidak sibuk dengan jadual kerja.

BACA: Bulan Madu Di Rumah, Tasha Shila Banyakkan Ibadah Bersama Suami

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set penggambaran. Sama juga kalau saya tak sibuk, saya akan menemani suami kerja.

“Kalau sebelum ini, ibu yang selalu menjadi peneman, tapi sekarang dia (ibu) dah dapat berehat dan meluangkan masa bersama cucu kerana tugasan itu diambil alih suami.

“Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi,” katanya kepada Astro Gempak.

Menjalani alam rumah rumah tangga penuh bahagia sebagai seorang isteri, Tasha mengakui selepas berkahwin dia merasakan kehidupannya kini sudah lengkap.

“Kehidupan saya kini sebagai isteri penuh kebahagiaan. Apa yang boleh saya katakan, apabila melangkah ke fasa hidup baharu ini, kehidupan saya rasa seperti sudah lengkap,” katanya lagi.

Tasha dan Atiq berkahwin pada 28 Februari lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan.