fbpx

Tanggal Tudung Menyanyi Di Pub, Ashira Akui Belum Berhijab Penuh

Penampilan penyanyi Ashira dilihat tidak menggenakan tudung mencetuskan tanda tanya netizen. Difahamkan, Ashira bekerja sebagai penyanyi di restoran pub setiap hujung minggu.

Memetik mStar Online, Ashira menjelaskan dia tidak pernah mengumumkan sudah berhijab sepenuhnya dan meminta tidak menjadikan hal tudung sebagai isu.

BACA: Isu Kerja Cuci Pinggan, DSV Terjah Rumah Ashira Jam 3 Pagi

“Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung.

“Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi.

“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ashira menafikan dakwaan sanggup tak bertudung demi tuntutan kerja. Ujarnya, ada masanya dia tampil berhijab membuat persembahan.

“Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.

“Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.

“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” katanya.