fbpx

Isu Kerja Cuci Pinggan, DSV Terjah Rumah Ashira Jam 3 Pagi

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang meminta penyanyi Ashira supaya berhenti melakukan kerja cuci pinggan.

Tiada niat menghina pekerjaan tersebut, Vida berkata Ashira tidak sepatutnya merendahkan imejnya sebagai artis serta merasakan ada kerja lain lebih sesuai buat penyanyi itu.

BACA: DSV Tak Puas Hati Ashira Suka Kerja Cuci Pinggan, Jatuhkan Standard Artis

Terbaru, perkongsian Vida menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berkunjung ke rumah Ashira dan Bad Indigo pada jam 3 pagi.

Difahamkan, Vida ke rumah pasangan berkenaan untuk meluahkan pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran milik rakannya.

“Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?” katanya.

Menerusi video tersebut, Vida turut menyifatkan Bad Indigo sebagai seorang yang kelakar dan mungkin boleh menyertai program Maharaja Lawak.

“Pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuh Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya,” katanya.

Di akhir perkongsian itu, Vida dilihat turut menghulurkan bantuan berupa dua sampul surat diberikan kepada pasangan itu.