fbpx

“Tanggal Hijab Bukan Satu Trend Suka-Suka Untuk Raih Populariti”

Isu selebriti Emma Maembong tanggalkan hijab masih lagi menjadi bualan ramai meskipun selebriti ini tampil memohon maaf kepada netizen.

Namun perbuatan ini mendapat perhatian ramai termasuklah pemilik Imanis Hijab, yang meminta agar perbuatan selebriti pujaan ramai ini tidak menjadi ikutan.

Pemilik Imanis Hijab ini juga menyatakan bahawa seseorang itu senang untuk berubah tetapi agak susah untuk istiqamah dan mengekalkan penghijrahannya.

Pemilik Imanis Hijab ini juga tampil memberi beberapa pendapat yang mana baginya perubahan yang dilakukan hendaklah menerapkan keikhlasan untuk menutup aurat dengan mematuhi syariat.

“Kena terapkan niat untuk berhijab biarlah betul dan dilakukan kerana Allah, dan bukannya kerana mengikut trend semata-mata”

“Berhijab ni bukan hanya menutup rambut semata, sebaiknya menjaga perbuatan dan hati… barulah kelihatan cantik luaran dan dalamannya. Hijab itu indah” katanya.

Pemilik hijab terkemuka ini juga mengingatkan agar para muslimah sentiasa rajin untuk mendekatkan diri dengan Allah dan bergaul dengan mereka yang dapat membimbing ke jalan yang benar.

“Hadiri program keagamaan dan kenalah bergaul dengan mereka yang baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada kita”

“Dan apabila datang ke program agama hendaklah niat untuk belajar dan memberi inspirasi kepada kita untuk terus kuat” tambahnya lagi.

Pemilik Imanis Hijab ini sempat berkongsi surah Al-Azhab ayat 59 yang memberi maksud:

“Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.