fbpx

Kedatangan COVID-19 memang tak diundang, tapi inilah yang kita kena hadap semenjak ia ‘singgah’ di negara kita.

Sebut jer COVID-19, masing-masing mula rasa takut. Mana tak nya, wabak pandemik ni boleh menyebabkan kematian dan mudah dijangkiti sekiranya kita lalai menjaga kesihatan.

Dalam keadaan sekarang, masing-masing macam dah ‘lut’ dengan arahan kerajaan untuk patuhi SOP sepanjang kita menjalankan kehidupan seharian. Benda ini juga untuk elakkan daripada virus pembunuh ni berpanjangan. Entah bila ia akan ‘pergi’ dari negara kita pun tak tahu.

Namun kita patut bersyukur kerana negara kita masih berada dalam kawalan menangani virus ini. Walaupun kes masih ada, namun berkat kecekapan 3 adiwira yang tak jemu-jemu mengambil berat tentang rakyat ini mengurangkan ‘nombor’ bilangan kes di negara kita.

Memang kena sangat dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’, yang mana menunjukkan 3 adiwira ini sangat prihatin dengan kita semua.

Siapa Mereka?


Tapi persoalannya, siapa 3 adiwira tu? Kami dah agak anda mesti dah dapat teka siapa mereka kan? Semestinya YAB Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selalu buat perutusan tentang wabak yang melanda negara kita.

Bukan tu jer, setiap hari kita selalu jugak dengar sidang media daripada 2 individu ini. Masa wabak tengah sibuk menyerang kita, masa itulah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sentiasa update tentang perkembangan kes dan isu berbangkit tentang wabak ini.

Kecekapan & Keprihatinan Mereka Menyelamatkan Kita

Anda boleh tengok sendiri macam mana usaha orang-orang penting ni bersungguh-sungguh menyelamatkan negara dan kita daripada dijangkiti wabak COVID-19 ini kan.

Tak lupa juga geng frontliner yang sentiasa di hadapan untuk menabur khidmat kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19 ini.

Kecekapan dan keprihatinan 3 adiwira ini patut diberi pujian. Mereka berganding bahu untuk berkempen beri awareness kepada rakyat. Bukan kita jer bangga dengan usaha mereka, malah negara luar pun nampak usaha yang dijalankan ni.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun memuji persiapan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19 selain turut mendapat pujian warganet Jepun.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut diiktiraf oleh China Global Televisyen Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani situasi COVID-19. Bangga kan?


Strategi Kerajaan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Kalau di awal ‘kedatangan’ wabak COVID-19 ni, banyak kawalan dan sekatan dikenakan. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Namun, kerajaan sedar yang mereka pun tak boleh nak kawal kehidupan rakyat selamanya untuk menghindari jangkitan wabak ini.

Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan yang terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ini menunjukkan Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan kini sedang memasuki fasa pemulihan.


Siapa jer yang lupa dengan tarikh keramat ni kan? 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 adalah di mana kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan PKPP.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau pada 9 Jun 2020 ada menyebut mengenai 7 strategi Kerajaan dalam PKPP menegaskan kepentingan komuniti diperkasakan bagi memastikan pematuhan kepada semua arahan Kerajaan dan SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Check this out gais!

1. Pengukuhan Kesihatan Awam
2. Perundangan dan Penguatkuasaan
3. Pengukuhan Kawalan Sempadan
4. Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
5. Pembudayaan Norma Baharu
6. Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
7. Perlindungan Golongan Berisiko

Ternyata, strategi-strategi ini berjaya dilakukan dan dipatuhi kita semua. Anda semua memang hebat!

Make sure Anda Patuhi SOP Yer


Dalam tempoh PKPP, banyak kelonggaran diberikan kepada kita untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Tapi itulah, tanggungjawab kita adalah untuk memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal berada di tangan semua. Walaupun kelonggaran diberikan namun kita perlu mengambil tanggungjawab mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

Apa yang penting ialah kita semua mestilah bersedia dengan norma baharu ni. Walaupun kali ini sambutan kemerdekaan tak dapat disambut seperti tahun-tahun lepas, anda kena ingat inilah perjuangan kita.

Kalau dulu, pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara, tapi sekarang kita sama-sama perjuangkan kehidupan kita mengharungi ‘perang’ COVID-19. Walaupun kita rasa susah untuk mengamalkannya tetapi percayalah setiap kesukaran itu akan disusuli dengan kesenangan.

Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka, jaga jarak dan elakkan daripada tempat yang mempunyai ramai orang berhimpun! Untuk tahu tentang info sihat COVID-19, baca di sini.